All thing is infinity !..
In life have many sweet sour thing that must "plus minus or should be expand & simplify" (^_^)... Sometime we need to solve all problem in "long divison".. But sometime it also can be "factorial" and then we will get the answer by "siqma notation" .... Cause ALLAH always by ur side.. insyaALLAH ... +_+

~~ BAGAIKAN DIARI KISAH HIDUP YANG MEMERLUKAN LUAHAN UNTUK MEMBERI KELANCARAN PENGALIRAN DARAH DALAM OTAK ~~
Patterned Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, February 28, 2012

Monday, February 27, 2012

tentang rasa





perasaan datang dr Allah..
semuanya dah ditentukan..
dun wori.. b hepi..
nothing rite now 


p/S": im no need to touching anymore


Deαr Abi,

No mαtter whαt will hαppen
in future, who i got mαrried to,
how much i love my husbαnd,
how much time i spend with him, 
i wαnt you to know thαt
you'll forever be my number 1 
mαn in my life ❞ 



Sunday, February 26, 2012

Nak jugak!














  COMEL X 3x?????... SO SUWET!


salam frenz..

sekarang ni tuan punya blog ni sedang mengila
hihihi..mengila dengan si rabbit ORI!
nape ada perkataan "ORI!"
hihihi..sebab yang palsu dah ad..
dah selamat jadi insan tersayang dikala masa..
haha..dats means..not at bedtime only!..
asal aku nak peluk ke..pegang ke..aku amik la dya
INILAH MY SUWET PILLOW.. SI RABBIT =)
SEBAB TUAN DY PUN CUMEL!.. hiks..
mengusung dari bilik...
huhuhu... my sweet pillow.. ;)


------------------------------------------------------>>>>>>


sekarang ni..aku nak yang ORI!..
mula2 rasa macam xmungkin je..
sebab xtahu harganya berapa..
kowt2 lah mahal beratus ke..
tapi rupenya2 MURAH JE!
member sekolah aku dah beli..
NI YANG JELES NIH!..
RM15 je!..


wahhhh..ada HARAPAN 2x =)
hihihi...
sebab aitu aku ad nampak ..
ada orang letak d pasar malam..
ingatkan buat "TAYANGAN PERDANA" jer..
ramai jugak yang tengok..
xtanya la pulak apa2 pasal si rabbit comel ni..
& sekarang aku dah tahu..ianya DIJUAL & MURAH!
& member aku yang dah beli tu kata:


"me: susah x jaga?,  dy: xlah.. manja sangat..xliar.. comel..beli la...hihi "
ni yang jadi makin membuak2 ni nak BELI..
haish!.. dugaan!.. HAHA!


Nak beli xda hal kowt..
cume satu je..
Bole ke aku jaga d RUMAH SEWA tu??..
wak teman hidup aku.. kan3??
hahahaha..
dy kata senang je...urmmm..
kene taye dy selanjutnya..
INSYAALLAH.. ada rezeki aku SAMBAR jugak 6t..




p/S: "Cuba bayangan macam mana aku nak bawak balik lebih2 lagi cuti sem???.. hua3 " =)


KUCING DAH AD..BERGENERASI DAH KAT UMAH MAK AYAH ANGKATNYA TU..
NAK TAMBAH YANG LAIN PULAK LAH..HEEE..
KAN SYOK LAU WARNA-WARNI CAMNI :D :D :D

Saturday, February 25, 2012

4 things





4 things support the world:


the learning of the wise

justice of the great

the prayer of the good

& the valour of the brave


-muhammad s.a.w-

Friday, February 24, 2012

100x



Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

dikala sedih jugak.. :'(

p/S: tak susah lau jiwa betul2 ikhlas nak melakukannya..
 formula untuk senang buat & ingat..: 20x5..tiap hari lagi bagus..bertambah pahala..insyaAllah..


Thursday, February 23, 2012

prinsip islam


sesuatu dapat diubah
sesuatu dapat dilupa
sesuatu dapat dibaiki
sesuatu dapat dicari
sesuatu dapat segalanya
dengan 
MASA

kembali pasrah dan redha setelah berusaha yang terbaik
tiada rezeki daripadaNYA
ada hikmah disebaliknya
apa-apa pun aku tetap BERSYUKUR

p/s: aku akan gunakan masa seterusnya untuk mengubahnya dengan lebih baik..
takot untuk melalui & merasakannya..namun, aku tetap kene laluinya
MOGA AKU BERJAYA..INSYAALAH.. 

Monday, February 20, 2012

down!

SEMUA YANG BERLAKU BUKAN SALAH SESIAPA..
SALAH AKU SENDIRI..I KNOW.. :'(



nothing to say..first time rase teramat down! :'( :'( :'(

kecewa & sedih..
hari ini hepi dapat jumpa member lame
dah bertahun xjumpa
pendek kata.. syukur sangat dapat jupe walaupun plan asal berempat

next time lah..
INSYAALLAH..

pergi hepi balik sedih
sedih yang teramat! 
penangan yang hebat!
walaupun bukan tarikh sebenar..
aku tahu ianya betol sama sekali

aku xnak tahu
tapi kau bagitahu jugak
xmampu nak berkata.. hanya satu yang aku tahu..
aku SEDIH..
SEDIH SANGAT!!!..

xmampu nak berbuat apa sekarang ni
beribu2 persoalan dan hal yang timbul dikepala
maafkanlah aku..aku xmampu..walaupun diberi semangat baru
yang aku tahu..dah terbukti..
aku KALAH.. aku LEMAH..
just say wat u want to say..


JANGAN BERHARAP LAGI..MAAFKAN SAYA

p/s: AKU SEDIH YA ALLAH.. cabaran & dugaan dariMu.. Urmmmm ..SALAH AKU SENDIRI!..:'( :'( :'(
AKU XTAHU MACAM MANA BOLEH KUA CAMTU!!!!!!!!!!!!!!!!



Saturday, February 18, 2012

bLog 4 muet

hye there.. :)
mornink!

i'm currently studying for muet test..
rajin kan???.. hohohomery krismes
entah menjadi o entah tidak..
yang penting berusaha..hee

kadang2 terpikir betol ke cara aku study ni?
mula lah gelabah..
entah ape lah preparations yang menjadi..
sampailah aku terpikir untuk search kat tenet contoh2 soalan muet..

ALHAMDULILAH..

Apabila aku type je keyword dy..
aku terjumpa satu blog ni..
khas untuk membantu student yang nak amik muet
or mayb for someone who want more understanding of english.

owner dy pun betul2 aktif..
dy akan jawab semua pertanyaan kita melalui komen ataupun emel.
dy ad sediakan contoh2 soalan muet berserta jawapannya
samada untuk speaking, reading mahupun grammar..
semuanya ada melibatkan siapa yang dapat semua band (2-6)

so, right now i would like to share it with you k ;)

http://muetmyway.blogspot.com/

it's really help me in my preparations to take a muet paper that are only have a few day anymore.

TASK A

TASK B

Inilah contoh VIDEO TEST MUET yang pernah ditunjukan oleh my SIR d kampus dulu ;)



PEPAGI NIE LAPAR LA PULAK.. HIHI..
TIBA2 MASUK DAPUR & GORENG..! BEKPES  @ subuh m0rNinG ^^
p/s: lau my bi still HANCUR.. faham2 lah ye.. =).. wish me luck too..

Thursday, February 16, 2012

Jejaka J.J




Just now i'm falling in love with
JJ..
not jejaka jambu oke..BUt..

JAZEMAN JAAFAR!
hahahhaahhaa!
ensem siot..huhu
perlumba berlesen pulak tuh..
i pantang law yang sukan berat/ lasak nie..
hihi..
NI PAKWE BARU SAYA!
yeahhh..
bertambah lagi sowang..
wiwiwiwiwi ^_*




 



_NICE TO C HERE... SILA-SILA ;)_




peace ^^




Wednesday, February 15, 2012

redha





Setiap apa yang berlaku 
sekuat mana berusaha
setinggi mana harapan
tetapi kita gagal mendapatkannya
 kita kecewa dengannya..
hanya satu yang SANGAT2 kita perlu lakukan..iaitu


REDHA

Ada cerita disebaliknya
semua yang berlaku adalah kehendak Allah 
cabaran & rezeki daripadaNya









( Biarkan lah aku selalu dalam redha kepadaMu Ya Allah supaya lebih kuat..Aminn )







P/s: ..redha lah selalu wahai manusia ketika kau dalam kesakitan..

Warned me





He warned me a few day ago to always remember this .. 




-while singing-

"INGAT NIH :

 SAMPAI MATI PUN TAKKAN KU LEPASKAN"

According to "kehilanganmu berat bagiku lyrics" by kangen band


~ YOU MAKE ME SAD ~




... sometimes i feel he want to leave me for forever when i remember this ... :'(
 i hope it's not more than play of feeling 




JIKA ADA JODOH TAKKAN KEMANA!.. 
EVEN IF YOU RUN AWAY & MANY PEOPLE ANGRY WITH YOU ON THIS RELATIONSHIP



"Hubungan cinta antara ADAM & HAWA TIDAK PERNAH LEPAS daripada perasaan sakit & kecewa .. Namun ia TETAP ada indahnya..  


Tetapi ia tidak semestinya our FIRST / SECOND / THIRD love adalah untuk kita kerana ia sudah ditetapkan olehNya di LAUHUL MAHFUDZ .... 


Jika TIDAK ianya adalah dugaan olehNya untuk kita harungi.. & jika YE., ia adalah perkara yang membahagiakan! 


Dalam erti lain: perasaan sayang dan cinta takkan berubah walau ape pun yang terjadi selagi perasaan itu antara dua insan tersebut ADA"




P/s: I believed that U & I have strong love from HIM.. Ssk !




....INSYAALLAH....

==============
..........(¯`v´¯)
...........`•.¸.•´
  .........(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
......... /█\ ♥/█\
==============



MUET vs CRAFT

cuti sem yang memboringkan!
yeahhh!!..why3???? owhhh No..
cuti sem kali ni aku HARUS & HARUS mengambil satu test yang gempak gitu..
dat is : MUET.. :'(
No problem to take this exam but.. my problem is 
my EngLish SO BROKEN i think!
tidak lepas sesaat pun aku melupakan kamu wahai MUET..
mimpi buruk kah??
hopely no..

bila jiwa dah meronta2..
akhirnya aku buat benda lain yang boleh mendatang keuntungan 
INSYAALLAH!..
watz dat:
hihihi..just 4 fun first before i'll born as a good maker of craft...
bila dah kerisauan tahap DEWA..
i obsolutely can't study!.. haha cam terbalik je..
but.. dat me ;)

tangan kanan ini yang mahu rasa keseniaan..
so i order the material of craft and BUAT..
ianya masih dalam proses percubaan oke..
next time if free or bore.. boley la buat benda alah ni.. =)



Ini adalah SALAH SATU kraft buatan daripada tangan kanan saya.. hihi




Masih BANYAK yang perlu dibaiki..


Ini proses untuk melihat kemantapan seni..buat & buat & buat to get the beautiful craft..


PRACTICE MAKES PERFECT!


p/s: dat 0ll.. i need to study 4 muet now..
 WISH ME LUCK OKE!.. SERIOUSLY NERVEOUS! sowi bi hancuss! ^^
MORNING! & suwet dream..ZZZZzzzzzz

Tuesday, February 14, 2012

new idea for names blog





El0ww !! ^^..
s0mething new here !!!..
oleh taknak panjangkan cerita..saya pendekkan..
nampak tak perubahan pada "title" blog ini??
hehehe..
hampeh je kan??..
haha..bi0r jo larh!..
"TITLE" blog saya dah bertukar daripad 
N.B: LUTZPAR.. ( paham ke maksudny?? kui3) menjadi -->
RAPUNZATUL DE PRINCESS..
HAHAHAHA!
sebab: ?? 
ini angkara sape??
cu teka...hihi
:somebody who are close with me at there..
******

To her: TENGSS sebab dah bagi name ciut miut ni pada saya..haha
kerana itu..anda telah menyumbangkan ia kepada idea baru saya dalam pembaharuan 
 TITLE BLOG INI... hehe ^_^
dengan rasminya ia sudah bertukar.. =)
CONGRATE !


Monday, February 13, 2012

ombak RINDU







Aku RINDU nak katakan aku rindu
Aku RINDU nak katakan aku sayang
Aku RINDU nak katakan aku ape2 lah yang aku nak kata..
time tak da suasana riuh macam ni lah..
SEDIHNYA :'(
-TAK MAMPU-

p/s: RINDU SANGAT2!!!

~0mbAK RINDU~

????????????????????



Sunday, February 12, 2012

hati yang sama

SUSAH MENERIMA KENYATAAN




kadang-kadang kerana takdir kita lakukan benda tu
kadang-kadang kerana diri masing-masing
kadang-kadang kita memang perlu lakukan benda tu
tapi, kadang-kadang tu jugak lah kita menipu hati kita
untuk menipu daripada hal yang sebenar yang amat susah dilakukan sebenar2nya..

membuat kita terluka dan sakit hati dengan apa yang kita lakukan untuk memberi balasan yang terbaik untuknya..hanya tuhan satu-satunya sahaja yang tahu isi hati yang sebenar..the reason why..

semalam..
membuat aku rasa bahagia..
membuat aku rasa bersyukur..
membuat aku rasa hepi..
tapi setiapnya tak pernah aku lupa
apakah perkara yang tak diingini tu akan berlaku juga?..atau makin teruk..
kemarau dalam perhubungan..
memikirkan bahawa dugaan & cabaran tetap ada setiap masa dalam kehidupan.
hanya itu yang mampu dilakukan untuk melembutkan hati daripada menangisinya.

ikut hati sayang ikut realiti tak sanggup

kadang-kadang aku salah tafsir mengenainya
yang sememang ada sebab atas semua yang dilakukan..
sakit aku..mungkin dya lagi sakit..
semuanya kerana ****** .

yang mampu hanya berserah atas semua kehendakNya..
namun tak pernah luput segala harapannya..
manusia hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan..

kenapa aku rasa jodoh ni dengan dya kuat sangat??.. 
tapi pada masa yang sama takut untuk berharap.. 
takut kecewa dengan hal yang sebenar yang akan terjadi nanti

walaupun kadang-kadang dya "menjengkelkan"
tapi semua perbuatan dia ada reasonnya dia sendiri..
sehinggakan aku rasa..sakit aku tidak lah sesakit mana berbanding dya..
meski pun kadang-kadang menipu masing-masing kerana terpaksa
tapi yang pasti kita berada" di hati yang sama"

P/S: kau yang berani membukanya.. jika tiada jodoh..kau yang harus bertanggungjawab menutupnya semula untuk memberi peluang kepada insan lain yang membukakanya kembali..






"KADANG-KADANG BERANGAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA REALITINYA"



Friday, February 10, 2012

i need!




" I NEED TO B  STRONG MORE & MORE & MORE! "



Rahsia Personaliti Pada Huruf
Pangkal Nama :


huruf N

Baik hati & rapi dalam berpakaian.
Mereka suka menghulurkan
tangan menolong orang lain
tanpa memikirkan balasan.
Kelemahannya mudah bersedih
hati & kurang percaya diri.


huruf E

Pandai & penuh pertimbangan
dalam menjalankan tanggung
jawab. Sikapnya periang bila
hatinya senang, tetapi suka
berdiam diri apabila hatinya
gundah & boleh membuatkan hati
orang lain terluka.


huruf H

Mudah simpati, bahasanya lemah-
lembut. Tidak pernah melukai
perasaan orang lain. ( sume pernah) Selalu
tergesa² dalam melakukan
pekerjaan, suka berkhayal dan
bercita² terlalu tingg.

|^^ bet0L lah jUgak ^^ |
sememangnye!


my luv

urm.. kali ni post paling gempak.. 
sebab saia nak memperkenal pakwe sya yang selama ni sayaa sorok.. jangan terkejut tau! hehehe..
scr0ll aje ke bawah tu.. selamat terkejut!.. HAHA!



TADAAAAAAAA........hiks :)






0oooppsss. dat my father not my cayam!.. huhu.. sroll lagi yep.. ^_^



<3 ini lah pakwe saya.. a.k.a my hubby.. hua3~~ <3
hihihihi


Name: 권상우 / Kwon Sang Woo (Gwon Sang Wu)
Profession: Actor and model
Birthdate: 1976-Aug-05
Birthplace: Daejeon, South Korea
Height: 182cm
Weight: 70kg
Star sign: Leo
Blood type: O
Family: Wife/actress Son Tae Young, HAHAHA son (b. 2009-Feb-06), brother, sister-in-law and niece
Talent agency: ISTAR
Education: Hannam University (Fine Arts Education major)
Hobbies: Swimming, weight Training, basketball and boxing
Religion: Roman Catholic


TV Series

Dae Mul (SBS, 2010)
Cinderella Man (MBC, 2009)
Bad Love (KBS2, 2007)
Sad Love Song (MBC, 2005)
Stairway to Heaven (SBS, 2003)
Into the Sun (SBS, 2003)
We Are Dating Now (SBS, 2002)
Delicious Proposal (MBC, 2001)
Legend (SBS, 2001)
Man and Woman (SBS, 2001)

Movies

71-Into the Fire (2009)
A Story Sadder than Sadness (2009)
A Destiny (2007)
Almost Love (2006)
Running Wild (2006)
Wild Beast (2005)
Love So Divine (2004)
Spirit of Jeet Kune Do: Once Upon a Time in High School (2004)
Project X (2003)
My Tutor Friend (2003)
Make It Big (2002)
Volcano High (2001)

Awards

2010 SBS Drama Awards: Top Ten Stars Award (Dae Mul)
my hero in stairway to heaven <3
2010 SBS Drama Awards: Top Excellence Award, Actor – Drama Special (Dae Mul)
2005 Korean Movie Association Special Prize
25th Blue Dragon Film Awards: Popular Award (2004)
40th Baek Sang Art Awards: Most Popular Actor in a Movie (2004)
2003 SBS Acting Awards: Best 10 Stars Award
2003 SBS Acting Awards: Best Popularity Award
39th Baek Sang Art Awards: Best New Actor for “My Tutor Friend” (2003)
40th Daejong Film Awards: Best New Actor for “My Tutor Friend” (2003)
2002 SBS Acting Awards: New Star Award



^_^


Wednesday, February 8, 2012

sometime



" BUKAN KEBANYAKAN BETUL TAPI MEMANG BETUL!"

JIWAI AYAT NI DALAM DIAM YE ^^


Tuesday, February 7, 2012

take 0ver









Takeover Lyrics - Mizz Nina ft Flo Rida


FLO RIDA VERSE 1

Flo Rida, MizzNina
You better call Mr Fix-It
Let em’ know we got a problem Houston
Flo Rida go up to the moon with the music
Taking off boom boom that acoustics,
Countdown like 1, 2, 3, 4,
The party don’t start till’ I’m on the dancefloor
Like 5, 6, 7, 8, we rockin’ the club all day

NINA VERSE 1

Said I’ve been rocking’ round here, round here
But it’s about to get a little crazy up in here,
Cause you can’t escape this club
I’m bout to tear it up
And I can see I gotcha trippin’ for this
Oh and I mean business

HOOK

Saying Houston,
We got a little problem, we got a little problem,
I, Imma gonna solve em’
Saying Houston,
We got a little problem, we got a little problem,
Cause Imma gonna rock em’

CHORUS

This is how its going down, going down
And imma gonna break it, break it, break it down,
Break it down,
This is a take oh oh over,
This is a take oh oh over,

NINA VERSE 2

Now i want ya out ya head, out ya head
And imma gonna tell ya and i’ll tell ya what I said
I’m here and I’m in control
Thats just the way I roll
I’m tearing down the walls until the morning
Oh this is a warning

HOOK

CHORUS

Breakdown
Na na na na na na oh eh ey,
Na na na na na na oh oh
Na na na na na na oh eh ey,
Na na na na na na oh oh
Na na na na na na oh eh ey,
Na na na na na na oh oh
Na na na na na na oh eh ey,
Na na na na na na oh oh

FLO RIDA VERSE 2

Its all under control I gotcha hands up
See when I walk in the door I make em’ stand up
Its like I’m taking a pose, it’s all cameras
Feel a knock at your door its like hammers
Oh baby, get a little crazy, tear the walls down
Now you gotta pay me
I’m taking over put em’ up lady

HANDS UP

Now let me see you put your hands up, all your hands
I wanna see you put your hands up, all your hands
I wanna see you put your hands up, all your hands
Now rehydrate before you pass out, fore you pass out,
Pass out


Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/07/lirik-lagu-take-over-mizz-nina-ft-flo.html#ixzz1lgb2TLMB

Sunday, February 5, 2012

pensel vs pemadam





PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil...♥

PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau...♥

Saturday, February 4, 2012

salam MaulidurRasul S.A.W


Ambillah sedikit waktu untuk kita mengetahui secara lebih detail..



Rasulullah SAW setiap hari akan pergi ke rumah seorang Yahudi yang tua, buta dan cacat untuk menyuapkan makanan kepada Yahudi ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana baginda tidak memperkenalkan dirinya sebagai Rasulullah SAW, Yahudi ini tidak mengetahui akan baginda. Setiap hari apabila Rasulullah SAW menyuapkan makanan kepada Yahudi ini, pasti Yahudi ini akan berkata " Kau jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai"..
Rasulullah SAW tidak berkata apa-apa setiap kali Yahudi ini berkata begitu dan baginda tetap mengunjungi Yahudi ini setiap hari walaupun dicerca dan dihina secara berhadapan oleh Yahudi ini..( cuba bayangkan kalau diri kita ini dihina secara berhadapan..sudah pasti kemarahan kita membuak-buak kan)

Setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As- Siddiq R.A pun dilantik menjadi khalifah. Oleh kerana Saidina Abu Bakar R.A ini adalah anak didik Rasulullah SAW, cara pemerintahannya juga mengikut model Rasulullah SAW. Semua perkara yang dianjurkan oleh baginda SAW pasti Saidina Abu Bakar R.A mengikutnya. Suatu hari, Saidina Abu Bakar bertemu Saiditina Aisyah R.A isteri Rasulullah SAW. Beliau bertanya kepada Saiditina Aisyah R.A " Wahai Aisyah R.A, adakah lagi perkara yang baginda SAW berbuat tetapi aku tidak melakukannya lagi. Sungguh kau pasti lebih mengetahui apa yang Kekasih Allah SWT ini lakukan??

Saiditina Aisyah R.A pun menjawab " Ada lagi satu, wahai Abu Bakar R.A.. Baginda setiap hari akan menyuapkan makanan kepada seorang Yahudi yang tua, buta dan cacat di hujung negeri ini. Pergilah mencarinya dan buatlah apa yang Rasulullah SAW berbuat". Maka, Abu Bakar R.A pun mencari Yahudi itu dan beliau menemuinya. Seperti biasa, beliau pun menyuapkan makanan kepada Yahudi ini sambil Yahudi ini pasti akan berkata " Kau jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai"..

Lama- kelamaan Yahudi ini perasan dan tersedar. Yahudi ini bertanya " Kau bukan lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepada ku. Abu Bakar R.A menjawab " Akulah lelaki itu, wahai sdra. Akulah lelaki yang selama ini menyuapkan makanan kepada kamu. Yahudi itu menjawab " Tidak, kau berbohong. Lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepadaku itu akan hanya menyuapkan makanan setelah aku menelan kunyahan aku. Kau tidak, aku belum telan kunyahan lagi tetapi kau telah sumbatkan aku dengan makanan lain. Cara kau berbeza.. Dimana lelaki itu???

Dengan perasaan sebak Abu Bakar R.A menjawab " Lelaki itu telah tiada di dunia ini., wahai sdra. Lelaki yang kau kata " jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai" sebenarnya adalah Rasulullah SAW dan lelaki inilah yang menyuapkan sdra dengan makanan setiap hari..

Yahudi itu terkejut serta sukar untuk mempercayainya. Lalu Yahudi ini pun menangis sambil berkata " Sungguh mulia hati lelaki ini, walau aku mengutuknya setiap hari dia tetap datang untuk memberi makanan kepada aku yang tua buta ini".
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ Rasulullah S.A.W :D



Part 1 Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Beliau juga digelar Al Amin (Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.
Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.



PART 2
Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad


Al-Harith bin Abdul Muthalib
Muqawwam bin Abdul Muthalib
Zubair bin Abdul Muthalib
Hamzah bin Abdul Muthalib
Al-Abbas bin Abdul Muthalib
Abu Thalib bin Abdul Muthalib
Abu Lahab bin Abdul Muthalib
Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
Hijl bin Abdul Muthalib
Dzirar bin Abdul Muthalib
Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Safiyah binti Abdul Muthalib
'Atikah binti Abdul Muthalib
Arwa binti Abdul Muthalib
Umaimah binti Abdul Muthalib
Barrah binti Abdul Muthalib
Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib


Muhammad S.A.W telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.



PART 3
Marhalah dakwah Rasulullah


Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.

Thalabun Nusrah
Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Cabaran-cabaran
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.



PART 4
Hijrah


Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bul

an seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

Madinah
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

Pembukaan Kota Makkah
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.



PART 5
Meneladani perbuatan Rasulullah


Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.

Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).



PART 6
Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

PERKARA MENJELANG KIAMAT





PERKARA MENJELANG KIAMAT

1.Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." Sahih Bukhari

2.Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3.Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4.Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5.Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6.Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang ma'ruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7.Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

8.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja." - Riwayat Ahmad

9.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10.Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani


mostly true










Walaupun cam karut je percaya benda alah ni.. BUT:

p/s: "MOSTLY TRUE!.. I LIKE IT! & LUV MORE!"